4 GOLONGAN DITARIK oleh KAUM HAWA ke NERAKA

Assalamualaikum wbr…
Harapnya hari ini lebih baik dari semalam okey. Setiap orang pernah melakukan kesilapan dan kesalahan kan, so aku nak minta ampun dari hujung rambut ke hujung kaki jikalau aku pernah buat silap.
Okey, memandangkan hari ini Jumaat so tok nak bagi entry berkaitan tazkirah sikit hari ini. Entry kali ini berkaitan juga dengan muslimah aka wanita aka perempuan aka gadis aka awek. First sekali aku mohon buka minda, buka mata dan berlapang hati dengan entry ini. Apa yang aku nak sampaikan ini bukan nak condem perempuan ke apa. Cuma sebagai peringatan kepada kaum HAWA dan tidak lupa juga kaum ADAM!!

Kita semua tahu yang wanita ini diciptakan dari tulung rusuk adam yang bengkok, nak melurusnya bukan senang kan. Kaum hawa ini kaum yang lemah, so kaum adam pleaselah jangan ambil kesempatan atas kelemahan kaum hawa. Kita sepatutnya menjadi benteng dan pemimpin kepada kaum hawa. Ada faham??
Okey, aku nak bagitahu korang ni terutamanya kaum hawa yang diorang ni boleh menarik 4 golongan ke neraka bersama.





• “Pertama:- Ayahnya
Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anaknya.

• Kedua:- Suaminya
Apabila seorang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram, apabila suami mendiam diri. Walaupun dia seorang alim (solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal) maka dia akan ditarik oleh isterinya.

• Ketiga:- Abang-abangnya
Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh kepala abang-abangnya Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM. Tunggulah tarikan adiknya di akhirat.

• Keempat:- Anak Lelakinya
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari islam, maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di akhirat kelak,nantikan tarikan ibunya.

Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat. Maka kaum lelaki yang bergelar ayah / suami / abang atau anak harus memainkan peranan mereka yang sebenar tidak silap firman ALLAH S.W.T.:-
“Hai anak adam peliharakanlah diri kamu serta ahli kamu dari api neraka, di mana bahan pembakarnya ialah manusia dan batu-batu..”
Hai wanita, kasihankan ayah anda, suami anda, abang-abang anda serta anak-anak lelaki anda. Kesiankanlah mereka dan diri kamu sendiri. Jalankan perintah ALLAH S.W.T. dengan bersungguh-sungguh dan dengan ikhlas..

Akhir kata, marilah kita berdoa agar kita semua terselamat dari ditarik dan tertarik.. Oleh mana-mana pihak. Harga seseorang muslim adalah sangat berharga. ALLAH S.W.T. Nilaikan seseorang muslim dengan SYURGA. Semua kaum muslim masuk syurga. Janganlah kita membuang atau tidak mengendah janji ALLAH S.W.T.





Renung2kan selamat beramal! Semoga kita terlepas dari dibakar dalam api neraka!
I'LL BE THERE FOR YOU

0 comments:

Post a Comment

ME . MYSELF AND I